.
.
Penerbit: PTS
Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Tahun Terbitan: Cetakan enam, 2020
Muka Surat:192
Halaman: Berwarna
Keistimewaan Buku Ini:
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi yang dicetak berwarna warni ini terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang tip pendekatan pendidikan anak-anak. Manakala dalam bab yang kedua pula bertajuk Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan pendekatan pendidikan bersumberkan kisah para nabi. Bahagian ketiga pula adalah bonus, bagaimana mengurus anak bermain gajet.
Kata Pengantar |
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah |
Bahagian 2: Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi Bab 109: Bersedia Ajari Anak Rela Untuk Taat Bab 110: Ibu Bapa Perlu Lebih Mendengar Bab 111: Menjadi Semulia Siti Sarah; Benci Apa Yang Allah S.W.T Benci Bab 112: Gembira dan Besyukur dengan Perancangan Allah S.W.T Bab 113: Tanamkan Sifat Penyayang pada Ummah Bab 114: Ingatkan Anak Supaya Bersangka Baik kepada Allah S.W.T Bab 115: Muliakan Tetamu seperti Nabi Ibrahim A.S Bab 116: Mencontohi Ketokohan Nabi Ismail A.S Bab 117: Bangunkan Jiwa dan Pemikiran Islam dalam Diri Anak Bab 118: Awasi Persaingan Adik-Beradik; Nabi Ya'aqub A.S dan Aaishu Bab 119: Jadikan Kisah Ya'aqub A.S dan Anak-anak sebagai Pengajaran Bab 120: Pasang Strategi Supaya Anak Memiliki Sifat Cemburu yang Positif Bab 121: Ambil Peduli Firasat Keibubapaan Terhadap Anak-anak Bab 122: Latih Anak Atur Strategi Berkesan Bab 123: Meransang Otak Kreatif Sejak Kecil Bab 124: Matlamat yang Jelas Bab 125: Elakkan Rasa Dendam dan Iri dengan Menghubungkan Silaturrahim Bab 126: Didik Hati Lakukan Amal Kebajikan Bab 127: Kenali Erti Tangisan Bab 128; Meletakkan Pergantungan Hanya pada Allah S.W.T Bab 129: Bina Rasa Kepercayaan dan Keyakinan seperti Nabi Yusuf A.S Bab 130: Ajar Anak Ilmu Kemahiran dengan Menyediakan Persekitaran yang Selamat Bab 131: Sabar dalam Meningkatkan Keimanan Kepada Allah S.W.T Bab 132: Sedia Berhadapan Situasi Cinta dan Angau Anak Remaja Bab 133: Amalkan Interaksi Positif Bersama Anak dan Sabar dengan Karenah Mereka Bab 134: Tenangkan Diri Menghadapi Buli Bab 135: Bina Silaturahim dengan Akhlak dan Kesabaran Bab 136: Didik Anak Teguh Pendirian Mendepani Persekitaran yang Tidak Baik Bab 137: Bentuk Persekitaran Setempat yang Positif Bab 138: Bangkitkan Semangat Positif Sejak Anak dalam Kandungan Bab 139: Bergaul dengan Ilmu Bab 140: Jaga Perkataan, Jaga Pemakanan |
Bahagian Bonus: 13 Tip Mengurus Anak Bermain Gajet |
Rujukan |
Buku yang bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu bapa. Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak.
Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu buku ini juga amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah maklumat kepada para pembaca.
Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet. Maka buku ini tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, ‘do and don’t’s’ serta banyak lagi.
Pendekatan penulisan yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan menarik minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu penulis juga ada memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya permainan puzzle bahtera Nabi Nuh a.s.
Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan.
Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan.
Penulis buku ini merupakan insan yang tidak asing lagi di kaca TV mengendalikan program fiqah wanita, motivasi agama dan juga keibubapaan. Beliau yang dikenali sebagai Ustazah Isfadiah adalah graduan UIAM, merupakan mantan pensyarah di UIAM. Sekarang ini penulis aktif mengendalikan seminar dan program keibubapaan.
Package Include :
1x 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini
Buy Now